Dictionary

A collection of word meanings taken directly from the Quran, based on what I learned from classes at MIRA Institute. Each entry captures how a word is understood in its Quranic context—not as a general Arabic translation, but as taught through study of the verses themselves.

Ikhlas·إخلاص

Surah Al-Ikhlas — maksudnya untuk melakukan semua perkara, hanya kerana Allah SWT sahaja.

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ(1)اللَّهُ الصَّمَدُ(2)لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ(3)وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ(4)112 : 1-4

Contoh

  1. 1.

    Belajar bukan sebab mak ayah. Tapi kerana Allah yang minta kita jadi pandai, supaya semakin kenal Allah, semakin bertaqwa. Dan oleh kerana sudah kenal Allah, maka kita dapat tahu rupanya Allah yang hadirkan mak ayah kita untuk kita, dan Allah juga yang minta kita buat baik dan bahagiakan orang tua.

  2. 2.

    Kerja bukan sebab untuk dapat duit. Tetapi kerana Allah yang minta kita cari bekal untuk pulang ke akhirat. Kerana kita perlu solat dan ibadah, maka kita minta supaya Allah jaga ekonomi kita, supaya kita boleh solat dan ibadah dengan tenang. Boleh cari bekal dengan harta.

  3. 3.

    Buat baik bukan sebab nak orang suka. Tetapi Allah yang minta kita jadi baik, kerana Allah yang selama ni baik dengan kita. Jadinya, bila orang balas kebaikan kita dengan kejahatan, maka perkara tersebut tidak akan berdampak pada kita kerana pada asalnya kita baik bukan sebab kita suka dia, atau nak dia baik dengan kita, tetapi hanya kerana Allah. Dia tidak pernah ada dalam tujuan asal dalam kita berbuat baik.

Kenapa

Sebab Allah yang selama ni baik dengan kita. Yang menciptakan kita, takkan lah Allah tak sayang dengan ciptaan dia sendiri. Apa kita rasa bila kita bina sesuatu? buat sesuatu? buat kerja dengan terbaik? buat assignment dan banyak lagi. Kita mesti rasa sangat sayang dengan hasil kerja kita. Inikan pula Allah yang Maha Penyayang. Tak cukup dengan itu, Allah muliakan kita, Allah bagi kita panduan macam mana nak jaga tubuh badan kita daripada rosak, daripada maruah dan kemuliaan kita jatuh. Sebabtu ada ayat quran untuk beritahu macam mana nak jaga mata kita, macam mana nak guna tangan kita (jangan curi, jangan buat benda jahat dengan tangan), macam mana nak jalan, macam mana nak guna telinga dengan baik, dan macam mana nak guna lisan kita. Jangan menghina orang lain, Nabi juga berpesan supaya hanya berkata yang baik baik sahaja, sekiranya tiada, maka lebih baik untuk kita berdiam dahulu.

Ada lagi.. selama ni siapa yang ada dengan kita masa kita susah.. saat kita sendiri, kita memanggil nama Allah.. hidup kita hancur, kita cari Allah.. kemudian, siapa lagi yang selama ini selesaikan semua masalah masalah kita.. siapa juga yang selama ini memberikan apa yang kita minta.. siapa juga yang selama ini melindungi kita daripada perkara perkara buruk yang mungkin masa tu kita tak tahu, tapi kita baru tahu pada beberapa masa ke depan.. begitu sayang nya Allah dengan kita.. maka, adakah kita tidak rasa apa apa untuk setidak nya memberikan yang terbaik untuk Allah?

Bila kita mula sedar tentang semua ini, maka kita solat adalah sebab kita tunjukkan kita syukur dan kita rasa terhutang budi dengan Allah. Buruk macam mana pun kita, Allah sentiasa menunggu kita lima kali dalam sehari. Kita juga sedar yang kita ini tidak apa apa sekiranya Allah tidak ada dalam hidup kita. Maka, selayaknya kita bersujud, berterima kasih dan bermohon agar Allah tidak akan meninggalkan kita, dan supaya kita dapat bertemu dengan Nya di akhirat nanti, aamiin.