Peta Perjalanan Hidup Manusia dalam Al-Quran

Dalam banyak-banyak ayat Al-Quran yang menginspirasi kita semua untuk mula mempelajari tentang Islam, terdapat beberapa ayat Al-Quran yang memberikan kita arah tuju dan panduan yang jelas tentang bagaimana kita harus belajar serta menjalani hidup kita mengikut nasihat dan panduan dari Allah SWT.

Janji Allah SWT

Ketika Allah SWT mengutuskan manusia pertama untuk turun dan bertugas di Bumi iaitu Adam (AS) dan isterinya, pada masa yang sama, Allah SWT juga memberikan kepada mereka panduan untuk hidup di Bumi. Apa yang Allah SWT inginkan melalui panduan ini ialah, Allah SWT berniat dan menginginkan agar kehidupan Nabi Adam (AS) dan keluarganya menjadi mudah, dan tenang.

Sebagaimana dinyatakan dengan indah dalam Quran 2:38:

Quran 2:38

Arab: قُلْنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡهَا جَمِيعٗاۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدٗى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ

Terjemahan: "Maka Kami berfirman, 'Wahai Adam, turunlah kamu semua dari sini. Dan apabila datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak pula mereka berdukacita.'"

Rujukan: Quran 2:38 - Jaminan Ilahi Allah untuk mereka yang mengikuti petunjuk-Nya.

Panduan Al-Quran dari Lahir hingga Mati

Kehamilan dan Kelahiran

Tumpuan Utama: Bagaimanakah ibu yang mengandung dapat merasakan ketenangan, keselamatan, dan kesejahteraan sepanjang mengandung?

Jawapan: Al-Quran memberikan panduan untuk mendapatkan ketenangan dan kesejahteraan semasa mengandung. Jawapannya ada di dalam Quran 7:189

Selepas Kelahiran: Apabila seorang anak dilahirkan—sama ada lelaki atau perempuan—apakah tugas pertama yang perlu dilakukan? Apakah tanggungjawab suami? Apakah tanggungjawab isteri? Penjelasannya ada di dalam Quran 2:133

Awal Kanak-kanak hingga Baligh

Tumpuan Utama: Apakah jenis pendidikan yang mesti diberikan kepada anak-anak yang sedang membesar?

Panduan: Al-Quran memberikan panduan lengkap tentang apa yang perlu dilakukan sebagai ibu bapa untuk membesarkan anak-anak dengan baik. Jawapannya ada di dalam Quran 31:13-19

Pembelajaran dan Pendidikan

Tumpuan Utama: Bagaimanakah anak-anak ini yang juga pelajar boleh melakukan pembelajaran dengan berkesan dan betul mengikut prinsip Al-Quran dan nasihat dari Allah SWT? Bagaimanakah juga supaya mereka boleh bersaing dengan rakan sebaya dan cemerlang dalam pelajaran mereka?

Penyelesaian: Al-Quran juga memberikan panduan yang baik untuk pembelajaran dan memperoleh pengetahuan secara berkesan. Rahsianya ada di dalam Quran 9:122 dan Quran 58:11

Interaksi Sosial dan Hubungan

Dilema:Apabila di sekolah, ketika sedang belajar, mereka juga pasti akan bergaul dengan rakan-rakan mereka yang berlainan jantina. Bagaimanakah mereka boleh mengekalkan hubungan yang baik dan mengelakkan pergaulan yang tidak sesuai serta masalah sosial yang tidak elok?

Panduan: Al-Quran memberikan prinsip-prinsip yang jelas dalam mengetahui cara untuk melakukan interaksi sosial yang baik dan sihat. Kita boleh belajar tentang batas-batasnya di dalam Quran 49:13

Persediaan Perkahwinan: Tapi kalau semasa berkenalan, ada yang mereka rasa suka kepada kawan mereka, dan apabila mereka serius tentang perkahwinan, bagaimanakah mereka mesti melamar? Belajar lah caranya di dalam Quran 4:4. Kemudian, sekiranya diterima, kita boleh belajar tentang bagaimana ingin membina rumah tangga yang betul menurut Allah SWT. Rahsianya ada di dalam Quran 30:21

Perkahwinan dan Tanggungjawab Keluarga

Soalan: Kemudian, setelah berkahwin, apakah tugas suami dan isteri?

Mencari Rezeki: Tugas utama suami ialah mencari nafkah untuk keluarga. Kalau yang biasa, maksudnya orang belum beriman pun mendapatkan yang sama, iaitu, bila kita cari, Allah akan bagi, ayat nya ada di dalam Quran 2:168. Tapi kalau nak rezeki datang dengan lebih cepat, kita tengok apakah rahsia nya di dalam Quran 2:172. Dan sebenarnya, ada rezeki yang Allah SWT akan bagi sendiri, dan kita tak perlu bersusah payah untuk cari, Allah SWT yang datangkan sendiri rezeki tersebut. Rahsianya juga ada di dalam Quran 7:96.

Mendidik Anak: Peranan isteri di rumah juga tidak mudah. Anak-anak kadang-kadang memberontak atau mengatakan 'Ah'. Bagaimanakah ibu bapa harus mendidik dan mengatasi masalah-masalah ini? Jawapannya ada di dalam Quran 17:23.

Sihat dan Sakit

Realiti: Sakit itu pasti akan datang dalam kehidupan kita. Kadang-kadang biasa, kadang-kadang teruk. Bagaimanakah cara kita untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan?

Kalau yang biasa-biasa: Kita tengok ayat Al-Quran di dalam Quran 26:80

Tapi kalau serius: Sampai doktor kata, ini memang dah tak ada ubat nya dah, namun, ingatlah bahawa tiada yang mustahil bagi Allah SWT. Kita tengok macam mana Allah SWT memberikan penawar kepada kita di dalam Quran 21:83-84

Cabaran dan Ujian Hidup

Cabaran: Dalam kehidupan kita, mesti ada orang yang kurang suka dengan kita, dengki kepada kita, atau cuba nak jatuhkan kita. Perkara ini boleh berlaku di tempat kerja, dalam kehidupan sosial sosial, atau kat mana sahaja dalam kehidupan. Bagaimanakah cara kita atasi masalah-masalah ini?

Penyelesaiannya: Jawapannya ada di dalam Quran 17:79-81

Memahami Ujian: Kadang-kadang sampai buat dada kita rasa sesak, berat. Bilakah semua ini akan berakhir? Janganlah mengeluh—semua ini pastinya adalah ujian. Yang namanya hidup mesti kena ada ujian, seperti yang Allah beritahu di dalam Quran 2:155. Kita hadapi ujian ini dengan sabar, seperti yang Allah ajar dalam Quran 2:156-157. Kemudian kita kuatkan usaha kita untuk menyelesaikannya dalam Quran 3:142. Dan yang terkahir, letakkanlah kita kepada Allah seperti apa yang Nabi Yunus (AS) buat ketika dia berada di dalam ikan paus, seperti yang Allah gambarkan di dalam Quran 21:87-88.

Syukur dan Sedekah

Nikmat: Kemudian, kita hidup lagi, harta kita jadi makin banyak. Bagaimanakah cara kita menyatakan rasa syukur untuk nikmat-nikmat itu?

Syukur: Pelajari cara yang betul untuk bersyukur dalam Quran 14:7

Sabar dalam Musibah: Akan tetapi macam mana kalau ujian atau musibah yang lain pula datang? Kita nak sabar macam mana? Jawapannya tetap sabar, sabar, sabar, seperti yang Allah ajar dalam Quran 2:214

Sedekah dan Zakat: Lepastu bila kita dah ada harta yang banyak lagi, kita boleh berbelanja dengan betul seperti yang Allah ajar dalam Quran 2:215. Kalau kena zakat, kita tunaikan seperti yang Allah ajar dalam Quran 9:60. Kalau terlupa, kita ingatkan kawan kawan kita seperti yang Allah ajar dalam Quran 9:103

Umur 40 dan Menghormati Ibu Bapa

Renungan: Menjelang umur 40, ibu dan bapa kita mungkin masih hidup. Macam mana kita nak balas jasa mereka selama ini Ingat, mustahil bahawa apa yang telah kita dah capai sekarang dalam kehidupan kita melainkan dari jasa dan pengorbanan ibu bapa kita. Kita tidak mungkin akan dapat membalas jasa mereka, tetapi kita boleh cuba membalas jasa mereka seperti yang Allah SWT ajar dalam Quran 46:15

Akhir Hidup dan Persediaan

Realiti: Mungkin kita akan bertanya: "Ya Allah, bila semua ini akan berakhir? Aku ni akan hidup selama lama nya ke?" Jangan risau. Tiada apa yang kekal, seperti yang Allah SWT ingatkan dalam Quran 3:185.

Persediaan: Apabila masanya tiba, tenangkan diri kita dan sediakan amalan baik seperti yang Allah SWT ajar dalam Quran 7:34

Kematian: Macam mana cara kita akan mati, Ya Allah? Allah pun berkata, kalau kita nak mati dengan tenang, tengok cara nya di dalam Quran 89:27-30. Kalau nak mati dengan cara susah, kita tengok cara nya di dalam Quran 8:50

Hidup di Kubur: Bagaimanakah kehidupan di alam kubur? Pelajari tentang amalan baik dan kesannya di dalam Quran 3:169-171

Amaran: Tetapi kalau kita ada banyak amalan buruk dan sedikit amalan baik, kita mungkin akan mengalami api neraka, seperti yang Allah SWT gambarkan di dalam Quran 40:46-47

Hari Kiamat dan Kehidupan Akhirat

Hari Perhitungan: Ya Allah, nanti kat akhirat macam mana? Allah pun kata, buat je dan kumpul amal baik, nanti boleh tengok Allah terus tanpa hijab, seperti yang Allah SWT beritahu di dalam Quran 75:22-33

Syurga Tanpa Hisab: Ada yang akan masuk syurga tanpa hisab dengan keindahan yang luar biasa, seperti yang Allah janjikan dalam Quran 2:25

Neraka Tanpa Hisab: Ada juga mereka yang masuk neraka tanpa hisab, seperti yang Allah ceritakan dalam Quran 18:100-101

Syurga Bersama Nabi: Bagaimana pula dengan syurga? Ada yang akan bersama Nabi. Macam mana nak masuk? Ikuti sunnah nya, seperti yang Allah ajar dalam Quran 3:31

Taman-taman Syurga: Ada juga yang akan berada di taman-taman syurga. Kita tengok macam mana mereka hidup di dalam Quran 51:15-23

Syurga Seluas Langit dan Bumi: Ada juga yang syurganya seluas langit dan bumi, seperti yang Allah janjikan dalam Quran 3:133-134

Panduan Hidup Lengkap: Dari lahir sampai mati dan kembali kepada Allah, Al-Quran memberikan panduan yang lengkap bagi setiap aspek kehidupan. Apa yang tinggal ialah untuk kita mencari, belajar, menghafal, dan mengamalkannya dalam kehidupan kita pada setiap hari.

Sumber: Peta perjalanan hidup yang komprehensif ini adalah berdasarkan ajaran dan panduan Dr. Adi Hidayat, yang telah memberikan pandangan mendalam tentang panduan Al-Quran untuk setiap peringkat kehidupan manusia.